Thursday, July 16, 2009

Repeater ASTRA Melaka : Local & Linking

Hari bersejarah ASTRA MELAKA iaitu pemasangan repeater ASTRA MELAKA akan diadakan pada ketentuan berikut :

Tarikh : 16 Julai 2009
Masa : 0900 hrs
Tempat Berkumpul : Bukit Katil, Melaka

Pasukan ini akan menuju ke Kawasan Telekom Melaka yang bertempat di Bukit Beruang dan memasang segala keperluan yang dikehendaki oleh sesebuah repeater. Repeater ASTRA Melaka yang akan dinaikkan ialah :

ASTRA MELAKA Local (9M4RKA)

Frekuensi : 146.750
Tone : 88.5
Offset : -0.600


ASTRA MELAKA Linking (9M4RMA)
Frekuensi : 147.950
Tone : 88.5
Offset : -0.600

Semoga warga Melaka dan luar Melaka yang boleh menerima pancaran frekuensi diharapkan bersedia untuk melakukan ujian pancaran pada hari tersebut.

Terima Kasih

Ekspedisi Ke Gunung Ledang

Satu Ekspedisi ke Gunung Ledang diadakan oleh rakan-rakan ASTRA Melaka pada ketentuan berikut:

Tarikh : 18 Julai 2009 Sabtu
Tarikh Pulang : 19 Julai 2009 Ahad
Masa : 0500 hrs
Tempat berkumpul : Taman Rambai Utama, Bukit Rambai

Ekspedisi 'trekking' yang dianggotai oleh rakan 9W2 dan SWAL ini berkenderaan sehingga ke pos renjer.Pasukan ini bergerak mendaki sehingga ke puncak. Para pendaki bermalam di kawasan perkhemahan yang disediakan dan mereka melakukan pelbagai aktiviti yang telah dirancang. Mereka juga membuat ujian pancar pertama ke repeater ASTRA Melaka yang baru.Selamat Berjaya!!!






Thursday, July 9, 2009

Kisah Benar

True story...
A taxpayer called up the LHDN (Inland Revenue Board) in Terengganu, and
asked for Form B. The LHDN clerk who answered the call asked for the
address to send the form to. The conversation goes:

LHDN CLERK : "Boleh bagi alamat encik?" (Can you give me your address?)

TAXPAYER : "Hantar ke Ranhill Worley." (Send to Ranhill Worley)

LHDN CLERKI : "Ranhill... eja macam mana?" (err...How to spell Ranhill?)

TAXPAYER : "R.. for Rumah... A for Ayam.. N for Nangka...
H for Holland ... I for itik... L for lain and lain...." (spelling)

LHDN CLERK : "Ok.. nanti kami hantar ke alamat
tu" (OK, we will send to that address...)



After waiting for a week, the form arrived - have a look at the address
on the envelope!!!


Wednesday, June 24, 2009

Selamat Berjaya!!!

Peperiksaan Radio Amatur pada hari ini akan bermula pada 24 Jun 2009 jam 2 petang ini di seluruh negara. Tempoh 3 jam yang diberikan amat banyak membantu rakan-rakan SWL. Kepada semua rakan-rakan SWL, semoga dapat menjawab semua soalan yang diberikan dengan baik.

SKMM logo

Monday, June 22, 2009

Bengkel Data Transmission/Interface

Bengkel Data Transmission/Interface akan di adakan di Muar pada 28 Jun 2009.... dikendalikan oleh 9M2DA.... sesiapa yang berminat sila berhubung dengan

9M2DA (denatan@streamyx.com),
9W2HBS (hbs9w2@yahoo.com) ,
9w2PCK (9w2pck@marts.org.my) atau
9w2IMN (iman_layaran@yahoo.com)...

tarikh akhir 25 Jun 2009. Sila nyatakan anda menggunakan sambungan COM port atau audio.

Tiada bayaran kecuali utk bahan-bahan projek. Sila bawa pemateri, komputer riba jika ada dan jika tiada, bawa pendrive untuk mendapatkan perisian untuk transmission data dan digital.

CK Choy
9W2PCK
District Manager,
NorthJohor MARTS


---------------------------------------------------------------------------


A Data Transmission/Interface workshop will be held in Muar on 28 June 2009. It will be conducted by 9M2DA. Interested hams/SWLs can contact

9M2DA (denatan@streamyx.com),
9W2HBS (hbs9w2@yahoo.com) ,
9w2PCK (9w2pck@marts.org.my) or
9w2IMN (iman_layaran@yahoo.com)

for confirmation. Please confirm before 25 June 2009. Please state kind of computer connection you would like to use: COM port or audio port.

No payment will be charged except for material needed for the project. Please bring along a solder gun, laptop computer, or if none, bring a pendrive to download software for data and digital transmission.

Sunday, June 21, 2009

Perodua MPV yang baru

Dijangka dilancarkan pada September 2009.

Imbasan...
kat mana nak letak antenna?









Thursday, June 18, 2009

Band Plan @ Perancangan Jaluran

Band Plan amat penting bagi rakan2 ham supaya dapat mengetahui mengenai frekuensi yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa. Band plan ini juga membolehkan semua dapat mengikuti dan memahami dengan jelas kehendak dan objektif Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia khususnya dalam radio amatur ini. Berikut disenaraikan KEISTIMEWAAN yang diperolehi apabila dikurniakan 9W dan 9M







Persoalan:

1. Apakah maksud PEP?
Setahu kita, PEP memberi maksud kuasa pancaran maksimum yang dibenarkan untuk memancar? Jika lihat pada jadual, PEP yang dibenarkan bagi pemegang 9W hanya sekadar 50 watt sahaja!!! Itulah syarat bagi pengendali radio amatur Kelas B.

Sebagai contoh, anda menggunakan frekuensi amatur, 144.0000 hingga 148.0000. Ini bermakna kuasa pancaran anda hanya setakat 50watt sahaja . Bagi Kelas A atau pemegang 9M pula, sekiranya menggunakan frekuensi 144.0000 hingga 148.0000 juga, mereka dibenarkan memancar sehingga 400watt!!!

2. Apakah maksud bagi ketiga-tiga simbol yang dinyatakan bagi setiap 'class of emission'?

Anda boleh berkongsi dengan mengklik pada ruangan komen....

Wednesday, June 10, 2009

Sukarelawan SUKMA 2010

SUKMA 2010 Melaka bakal tiba...

Pihak Kerajaan Negeri Melaka menjemput mana-mana individu untuk menyertai sukarelawan SUKMA 2010. Anda hanya perlu mengisi butir-butir diri dan memilih jenis tugasan yang dikehendaki..
sila ke laman web di bawah

SUKMA2010

Tarikh tutup permohonan 20 Jun 2009

Bersamalah kita menjayakan SUKMA 2010

Terima Kasih!!!

Terima kasih buat rakan-rakan ham yang menyertai Konvoi ASTRA ke Negeri Melaka. Kami sebagai tuan rumah memohon maaf kiranya ada kekurangan semasa bertandang ke negeri kami. Apa yang baik bawalah pulang ke destinasi... Apa yang kurang, kami perbaiki kemudian hari... TERIMA KASIH sekali lagi buat rakan-rakan yang hadir..!!!

73

Saturday, June 6, 2009

Selamat Datang Ke Negeri Melaka Bandaraya Warisan Dunia

Selamat Datang|Welcome!!!!!!

Kapal datang dari seberang
Sarat muatan kayu meranti
Dari jauh rakan ham datang
Kami di Melaka setia menanti

Selamat datang diucapkan kepada rakan-rakan ham yang berkonvoi melawat Negeri Melaka. Kami berharap agar rakan-rakan radio yang melawat kami sempena konvoi BESAR-BESARAN ke Selatan ini mendapat pengetahuan yang sebaiknya selain daripada ber'eyeball'. Dengan adanya peluang ini, dapatlah kita mengeratkan silaturrahim antara rakan radio... TERIMA KASIH!!!

Album akan dimuatkan selepas tamatnya konvoi untuk kenangan semua.....

73