Wednesday, March 10, 2010

Perjanjian Persefahaman ASTRA-BSMM

Semua Ahli ASTRA


Tuan/Puan,

MAJLIS MEMETERAI PERJANJIAN PERSEFAHAMAN

Perkara di atas adalah dirujuk dengan hormatnya.

2. Suatu Perjanjian Persefahaman (MoU) di antara ASTRA dengan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) akan ditandatangani seperti ketetapan berikut;

Tarikh : Sabtu, 20 Mac 2010
Tempat : Dewan SMT Taiping, 34600 Kamunting, Perak
Masa : 9:00 am – 10 am


3. Perjanjian Persefahaman ini adalah untuk menyatakan persefahaman di dalam mewujudkan bidang kerjasama bagi membangunkan ’Sistem Komunikasi Radio Dua Hala’ bagi kegunaan ahli-ahli BSMM dan mewujudkan ’Konsep Bantuan Radio Bencana’ menggunakan tenaga dan kepakaran ASTRA.

4. Oleh yang demikian, semua ahli adalah dijemput untuk menyaksikan detik bersejarah ini di samping menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan ASTRA Ke 13. Bersama ini dinyatakan tentatif majlis untuk perhatian semua tuan/puan.

5. Bagi ahli yang ingin mengetahui butiran draf perjanjian persefahaman ini, sila layari laman sesawang ASTRA, http://www.astra.org.my.

Sekian, harap maklum.

“BERSAHABAT MELALUI UDARA”

Yang menjalankan tugas,



(NORUL AMIN BIN HAMSAN, 9W2MYR)
Setiausaha Kehormat ASTRA


Tentatif Perjanjian Persefahaman ASTRA-BSMM

KELAS PERSIAPAN PEPERIKSAAN RADIO AMATUR

Salam rakan yang melayari AstraMelaka.

Kelas persiapan menghadapi Peperiksaan Radio Amatur akan diadakan seperti ketentuan berikut.

Tarikh : 4 April 2010 (Ahad)
Masa : 8.30 pagi hingga 5.00 petang
Tempat : Kolej Komuniti Jasin, Merlimau Melaka.


Tenaga Pengajar/Pemudahcara: 9W2SMF

Tempat dibuka kepada SWAL dan rakan radio yang berlesen untuk memahami dan mendalami ilmu radio amatur. Sekiranya ada diantara rakan-rakan yang berminat, sila hubungi Pengurus Negeri Melaka 9W2USM atau AJK Biro Latihan, Perlesenan dan SWAL iaitu 9W2TOL ataupun mana-mana ahli jawatankuasa ASTRA Negeri Melaka.

Terima kasih...

"Wang jika dibelanjakan akan menjadi kurang, tapi ilmu jika dibelanjakan menjadi banyak"

Tuesday, March 9, 2010

Pengujian Semula Frekuesi 9M4RMA

Salam rakan-rakan

9M4RMA iaitu repeater linking ASTRA Negeri Melaka akan diuji semua frekuensinya. Ini adalah kerana terdapat gangguan frekuensi (QRM) pada frekuensi repeater yang berhampiran. Oleh itu, Pengujian semula frekuensi ini akan diadakan selama 2 minggu bermula 13 Mac 2010 sehingga 27 Mac 2010 atas kebenaran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Frekuesi yang akan diuji ialah

Frekuensi
146.850

Offset
-0.600

Tone
88.5


Harap semua rakan dapat memeriahkan serta memberi maklumbalas mengenai ujian frekuensi 9M4RMA pada tempoh tarikh yang diberikan.

Sekian. Terima kasih.

Jemputan Larian Baton Sempena SUKMA 2010

Salam buat semua rakan...

Warga Amatur Negeri Melaka telah mendapat jemputan bagi memeriahkan lagi Larian Obor SUKMA 2010 oleh Jawatankuasa Penyelarasan dan Pembangunan Dewan Undangan Negeri (JAPERUN)Kawasan Ayer Limau.

Oleh itu, YB ADUN kawasan Ayer Limau meminta kita untuk mengaturkan sebanyak 10 kenderaan terdiri daripada warga radio amatur Negeri Melaka. Butir-butir adalah seperti di bawah ini.

Tarikh : 14 Mac 2010 (Ahad)
Tempat : Perkarangan Info Desa Kampung Sungai Siput
Masa : 7.30 pagi
Laluan : Sungai Siput - Sungai Jernih - RAmuan China Kecil - Ramuan China Besar - Paya Rumput - Kampung Lekok - Sekolah Ayer Limau - Kampung Pinang - Dewan Taman Bandar Baharu

Klik gambar di bawah ini untuk info penuh.

Saturday, March 6, 2010

KEMUDAHAN PENGINAPAN BAGI AHLI ASTRA SEMPENA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE 13

Tuan/Puan,

KEMUDAHAN PENGINAPAN BAGI AHLI ASTRA

Perkara di atas adalah dirujuk dengan hormatnya.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa, pihak pengurusan Mesyuarat Agung Tahunan Ke 13 telah menyediakan beberapa lokasi untuk penginapan ahli yang bakal hadir ke majlis ini. Berikut adalah lokasi penginapan yang disediakan;

LOKASI : Asrama SMT Taiping, Kamunting, Perak.
KEPERLUAN : Keperluan disediakan oleh pihak Pengurusan Asrama SMT Taiping.
CAJ :RM5.00 seorang
MASA : Check in : 19.3.10, jam 3:00 petang/Check out : 20.3.10, jam 3:00 petang.

LOKASI : Tapak Perkhemahan Caravan Park, Taiping.
KEPERLUAN : Keperluan spt khemah dll dibawa sendiri oleh ahli
CAJ : Percuma
MASA : Check in : 19.3.10, jam 5:00 petang./ Check out : 20.3.10, jam 12:00 tengahari.

3. Sebarang pertanyaan, sila berhubung terus dengan Setiausaha Kehormat ASTRA di talian
016-538 5385.

Sekian, harap maklum.

“BERSAHABAT MELALUI UDARA”

Yang menjalankan tugas,

t.t

(NORUL AMIN BIN HAMSAN, 9W2MYR)
Setiausaha Kehormat ASTRA

MAJLIS MEGA EYEBALL ASTRA 2010

Semua Ahli ASTRA

Tuan/Puan,

JEMPUTAN KE MAJLIS MEGA EYEBALL ASTRA 2010

Perkara di atas adalah dirujuk dengan hormatnya.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa, pihak pengurusan Mesyuarat Agung Tahunan Ke 13 telah merancang suatu program Mega Eyeball ASTRA 2010 yang bertujuan untuk merapatkan hubungan silaturrahim di kalangan ahli.

3. Sehubungan dengan itu, semua ahli adalah dijemput untuk menghadiri program tersebut seperti yang dinyatakan di bawah;

Tarikh : 19 Mac 2010
Masa : Bermula jam 9:00 malam
Tempat : Tapak Perkhemahan Caravan Park, Taiping.

4. Sebarang pertanyaan, sila berhubung terus dengan Setiausaha Kehormat ASTRA di talian
016-538 5385.

Sekian, harap maklum.

“BERSAHABAT MELALUI UDARA”

Yang menjalankan tugas,


(NORUL AMIN BIN HAMSAN, 9W2MYR)
Setiausaha Kehormat ASTRA

NOTIS PEMBERITAHUAN MESYUARAT AGONG TAHUNAN ASTRA KALI KE 13

NOTIS ini adalah diberi untuk memaklumkan bahawa Mesyuarat Agong Tahunan ASTRA Kali Ke 13 akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh : Sabtu, 20 Mac 2010
Tempat : Dewan SMT Taiping, 34600 Kamunting, Perak
Masa Pendaftaran : 9.00 pagi
Masa Mesyuarat : 10.00 pagi

AGENDA MESYUARAT
1. Melantik Pengerusi Mesyuarat
2. Melantik 2 orang Pencatit Minit Mesyuarat
3. Ucapan Presiden & Perasmian
4. Laporan Setiausaha Kehormat
5. Laporan Bendahari Kehormat
6. Membahas Usul Pindaan Perlembagaan
7. Membahas Usul Tergempar
8. Melantik AJK Pengurusan Sesi 2010/2012

“BERSAHABAT MELALUI UDARA”

Yang menjalankan tugas,
(9W2MYR NORUL AMIN BIN HAMSAN)
Setiausaha Kehormat ASTRA

Wednesday, February 24, 2010

Tahniah kepada Jawatankuasa Baru 2010

Sekalung tahniah kepada semua Ahli Jawatankuasa ASTRA Negeri Melaka bagi Sesi 2010

Ahli Jawatankuasa ASTRA Negeri Melaka sesi 2009/2010
Pengurus Negeri Melaka : 9W2USM MUSTAFA BIN BAHARI (Kekal)
Timb. Pengurus Negeri : 9W2SML SUHAIMI BIN GHAZALI (Baru)
Setiausaha : 9W2MLW MOHAMAD ZAHLAN BIN ABU HASSAN (Kekal)
Pen. Setiausaha : 9W2MCX SHAHRIN BIN SALLEH(Baru)
Bendahari : 9W2KKD ALIAS BIN SAMAD (Kekal)

AJK

Biro ADEC - Astra's Disaster & Emergency Communication :
9W2EAK EIRWAN B ABDUL KADIR (Kekal)

Biro Repeater :
9W2MTT ABDUL BASIR TAN BIN ABDULLAH (Kekal)

Biro Latihan, Perlesenan dan SWAL :
9W2TOL SUHAIMI SYIFUL IRWAN

Biro Kebajikan :
9W2IWN IWANUDDIN BIN SALEHODDIN (Baru)

Biro Penerangan dan Siaraya :
9W2FNN KHAIRUL AFFANDIE BIN CHE HASSAN (Baru)

Biro Wanita :
9W2IAZ SITI ZAIDAH BINTI MOHD AMIN (Baru)

Biro Multimedia (Biro Baru)
9W2PFS NUR HISHAM ANG BIN ABDULLAH

Biro Disiplin (Biro Baru)
9W2MHG MOHD HISHAM BIN ABD GANI (Bertukar Portfolio)


Selamat Bertugas Menjayakan ASTRA Negeri Melaka 2010

Thursday, February 11, 2010

Mesyuarat Agung Tahunan ASTRA Melaka

Salam buat semua warga amatur

Mesyuarat Agung Tahunan akan diadakan pada ketetapan berikut:

Tarikh : 23 Februari 2010
Hari : Selasa
Masa : 8.30 malam
Tempat : Meeting Room. Restoran Subaidah Nasi Kandar, MITC Ayer Keroh.


Oleh itu, semua warga amatur ASTRA dijemput hadir untuk memeriahkan mesyuarat ini.

Layari Facebook kami untuk mengesahkan kehadiran anda...

Terima kasih

Tuesday, February 9, 2010

Keputusan RAE 2009 Siri 2




Salam buat rakan-rakan

Keputusan RAE telah dikeluarkan oleh pihak berwajib. Oleh itu, anda boleh menyemak keputusan tersebut di laman di bawah ini..

Laman Keputusan

Bagi yang telah berjaya, tahniah diucapkan kepada anda.

Selamat datang ke Dunia Radio Amatur.

Bagi yang kurang bernasib baik, cuba lagi dan jangan putus asa.

Saturday, February 6, 2010

Perasmian ADEC-BSMM Negeri Melaka




Pada hari ini, satu peristiwa berlaku dalam sejarah ASTRA Negeri Melaka dimana telah berlangsungnya Majlis Perasmian ASTRA Disaster Emergency Communication - Bulan Sabit Merah Malaysia Cawangan Negeri Melaka (ADEC-BSMM CNM). Penubuhan ADEC-BSMM CNM ini telah dirasmikan dengan jayanya oleh Pengerusi BSMM Cawangan Negeri Melaka iaitu Yang Berbahagia Datuk Wira Dr. Haji Bahari bin Datuk Haji Abu Mansor yang bertempat di Ibu pejabat Bulan Sabit Merah Malaysia Cawangan Negeri Melaka di Bukit Peringgit.

Dalam ucapannya perasmiannya, beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak ASTRA Negeri Melaka atas kerjasama yang diberikan serta penubuhannya dalam satu cabang Bulan Sabit Merah Cawangan Negeri Melaka iaitu VAD 58.

Beliau juga menyeru agar ADEC-BSMM CNM dapat memberikan perkhidmatan kecemasan yang terbaik memandangkan dengan adanya penggunaan radio komunikasi dua hala yang membantu dalam situasi kecemasan.

Dalam ucapannya juga, beliau sebagai Pengerusi BSMM Cawangan Negeri Melaka ingin memastikan ahli-ahli ADEC mendapat pengetahuan yang sewajarnya mengenai bantuan awal kecemasan yang akan diberikan kepada mangsa. Oleh itu, beliau akan memberikan beberapa siri kursus kepada ahli ADEC dalam memantapkan ilmu pengetahuan dalam bantuan awal kecemasan. Oleh itu, beliau mengharapkan sepenuhnya penglibatan VAD 58 ADEC-BSMM CNM dalam menjayakan SUKMA 2010 yang akan berlangsung pada bulan Jun nanti.

Dalam majlis itu, Pihak ADEC-BSMM CNM telah menandatangani perjanjian kerjasama (MOU) bagi melancarkan segala aktiviti yang melibatkan program ADEC BSMM CNM. Yang berbahagia Datuk Wira Dr Hj Bahari Bin Datuk Abu Mansur juga menyerahkan surat pelantikan, sijil penubuhan ADEC BSMM CNM serta sijil keahlian kepada 9W2EAK sebagai komandan bagi ahli-ahli ADEC BSMM CNM.

Sunday, January 24, 2010

RAE dan CW Kali Pertama bagi Tahun 2010




Ujian RAE dan CW


Pemberitahuan, klik sini
Borang RAE klik sini
Borang CW klik sini


Semoga berjaya...