Wednesday, November 4, 2009

Silent Key : 9W2ZYE SUZAINI BIN IBRAHIM

Warga Radio Amatur Negeri Melaka telah kehilangan seorang rakan ham iaitu SUZAINI BIN IBRAHIM yang memegang callsign 9W2ZYE. Allahyarham meninggal dunia pada petang 3/11/2009 di 'saltmine' beliau di Kolej Yayasan Melaka. Jenazah dikebumikan pada hari ini 4/11/2009 di Kuantan, Pahang.

Marilah kita bersama-sama sedekahkan surah al-fatihah kepada allahyarham. Semoga keluarganya tabah menghadapi ujian Allah swt.

Al-Fatihah

Astra Tengah : PARTI ANTENNA

TARIKH : 08/11/2009
MASA : 10.00 AM
LOKASI : TANAMERA SUNGAI BULOH, SELANGOR
KOORDINAT : N 03 13.289 E101 29.732
CALLING CHANNEL : V44 (145.550MHz)
PERSON IN-CHARGE : 9W2MDY MAHADI MD DESA (012-398 2577)


Ingin belajar membuat ‘homebrew’ antenna dengan tunjuk ajar rakan-rakan yang berpengalaman?
Jangan lepaskan peluang keemasan ini! Peralatan untuk pembuatan antenna hendaklah dibawa sendiri oleh para peserta. Pihak penganjur hanya menyediakan bengkel, khidmat nasihat & teknikal.
Bagi rakan-rakan yang tidak berminat untuk membuat antenna, anda juga dijemput hadir bagi sesi eyeball atau pun paintball! Jumpa di sana!




Penangguhan Majlis MOU PBSM Johor & ADEC Johor atas sebab teknikal.

HARAF MAAF.

MajlisMajlis MOU ADEC Johor dengan Bulan Sabit Merah Malaysia Cawangan Negeri Johor pada 8 November 2009 ditangguhkan kepada satu masa yang ditetapkan oleh Bulan Sabit Merah pada satu masa yang ditetapkan oleh mereka atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan oleh BSMM Cawangan Negeri Johor.

Walaubagaimanapun Pihak ASTRA Johor telah membuat keputusan bahawa pada 8 November 2009 ini akan diadakan juga program pengenalan radio amatur kepada warga BSMM CNJ dan juga SWAL yang akan menghadiri peperiksaan RAE 2/2009 akan datang.

Dengan itu dijemput semua untuk sama-sama memberikan semangat kepada warga radio baru dan warga BSMM CNJ ini bagiu mencapai tujuan lulus RAE 2/2009 nanti.

Berikut adalah program yang akan dilaksanakan nanti;

Tarikh: 2pm

Lokasi: Bilik Gerakan Belia 4B Johor Bahru, Stadium Larkin, Jalan Garuda, 80350 Johor Bahru.

GPS:

Tentetif program:

9 am Persiapan tempat dan pemasangan alatan radio.

10 am Sesi Jualan Peralatan dan Road Show oleh ADEC Johor.

10.30 am Special 2Meter Net Local ASTRA Johor Bahru 9M4RAP Gunung Pulai.

11.30 am 2 Meter Net ASTRA Transnasional ( Linking )

12.30 pm Rehat & Makan Tengahari & Zohor

2.00 pm Pendaftaran Peserta RAE 2/2009

2.30 pm Pengenalan Radio Amatur & Kod Etika

4.30 pm Minum Petang & Majlis Bersurai.

Terima kasih kerana menyokong ASTRA JOHOR.

Sunday, October 25, 2009

Majlis Perlancaran Penubuhan & MOU Pasukan Komunikasi Kecemasan Sukarela

Majlis Perlancaran Penubuhan & MOU Pasukan Komunikasi Kecemasan Sukarela

antara BSMM Caw. Johor dengan ADEC Johor

8 November 2009 Ahad

2 petang

Lokasi : Ibu Pejabat Bulan Sabit Merah Malaysia, Cawangan Negeri Johor, No 3, Jln. Bacang, 81200 Tampoi, Johor Bahru

GPS : Lat: 1°29'37.43"N Long : 103°42'10.32"E

Semua dijemput hadir.

Agenda :

1.30- 1.45 pm Pendaftaran

1.45 pm Ketibaan VVIP

2.00 pm Nyanyian Lagu Bangsa Johor, Negaraku , Bulan Sabit Merah Malaysia & Bacaan Doa

2.10pm Ucapan Pengarah BSMM CNJ

2.20pm Ucapan Pengurus Astra Johor

2.30pm Ucapan Perlancaran oleh EXCO Belia & Sukan Ng Johor, YB Tuan Haji Jais bin Hj. Sarday

2.40pm Majlis Tandatangan MOU BSMM CNJ dengan ADEC JOHOR

2.45 pm Penyampaian Cenderahati

3.00pm Press Conferance

3.10pm Jamuan Minum Petang

3.45pm Sesi Taklimat Persediaan Menghadapi Bencana oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat , Negeri Johor

4.15pm Sesi Taklimat Pengenalan Radio Amatur oleh ASTRA Johor.

4.45 pm Sesi Soaljawab

5.00pm Ucapan Penutupan oleh BSMM CNJ.

Wednesday, October 14, 2009

Jamuan Aidilfitri 2009 ASTRA Melaka & MERACC

Salam semua,

Jamuan Hari Raya Aidilfitri 2009 akan diadakan pada ketentuan berikut:

Tarikh : 17 Oktober 2009
Masa : 8.30 Malam
Tempat : Kedai Hijau

Pihak ASTRA MELAKA dan MERACC menjemput semua warga radio amatur Malaysia menghadiri majlis hari raya ini. Kehadiran anda amatlah dialu-alukan. Pelbagai aktiviti telah dirancang untuk memeriahkan lagi program ini. Jangan lupa, bawa bersama keluarga anda sambil melawat Negeri Melaka Bandaraya Bersejarah.Terima kasih.

Wednesday, September 23, 2009

Peperiksaan Radio Amatur - RAE 2009-2

Salam semua yang melayari laman ini.

Pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) akan mengadakan Peperiksaan Radio Amatur bagi sesi 2/2009 pada ketentuan berikut :

Tarikh: 16 Disember 2009
Hari: Rabu
Masa : 1400 hrs
Tempoh : 3 jam



Segala butiran lanjut boleh didapati dengan memuat turun notis peperiksaan di sini.

Notis peperiksaan juga boleh didapati dalam Bahasa Melayu di sini

Anda boleh mendapatkan borang permohonan di sini

Tarikh tutup permohonan ialah 16 Oktober 2009 jam 1700 hrs

Sunday, September 20, 2009

Salam Aidilfitri

Salam Aidilfitri 2009 untuk semua warga amatur yang melayar blog ini. Kami di Astra Negeri Melaka mengucapkan salam Aidilfitri dan memohon kemaafan andai kata ada tersalah artikel, tersalah tulis, tersalah maklumat mengenai cerita dan berita yang dipaparkan.

Salam Aidilfitri 2009 dari kami warga Astra Melaka.

Terima kasih.

Friday, September 18, 2009

Info Trafik Raya ASTRA-TV3 di Malaysia Hari Ini (MHI)

Assalamualaikum ,

Sukacita dimaklumkan, pihak ASTRA Selangor & Kuala Lumpur telah mendapat jemputan daripada pihak Media Prima Berhad melalui TV3 bagi menjayakan program Info Trafik pada tarikh seperti berikut :-

Tarikh : 19 September 2009
Tempat : Sri Pentas, Bandar Utama, Petaling Jaya
Masa : 0630hrs-0900hrs


Di minta rakan-rakan amatur yang memandu pulang berhari raya ke kampung halaman masing-masing agar dapat memberi Info Trafik ke 'Linking Repeater'TRANSNASIONAL ASTRA antara jam 0630hrs-0900hrs kerana ianya akan disiarkan secara langsung di dalam program Malaysia Hari Ini terbitan TV3. Secara tidak langsung ianya akan dapat member pendedahan kepada para penonton Malaysia Hari Ini di TV3 mengenai hobi Radio Amatur.

Selamat memandu pulang ke kampung halaman masing-masing bagi menyambut Aidil Fitri yang mulia.

Friday, September 11, 2009

Bantuan tenaga diperlukan

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mengadakan Program Seorang Sekampit Beras. Sehubungan itu ABIM memohon kerjasama ASTRA Negeri Melaka untuk mengagihkan 140 set beras 10 kilogram dan barang keperluan harian yang lain seperti ketentuan berikut :

Tarikh : 13 September 2009
Hari : Ahad
Tempat : Taman Putra (belakang Hospital Besar Melaka)
Masa : 0800 hrs

Standby frequency : 145.400 MHz (V32)

ABIM sangat berharap untuk mendapat bantuan tenaga bagi menjayakan program ini. Mana-mana rakan yang berminat, sila hubungi 9W2MFI (FAHMI) untuk 'confirm'kan kehadiran.

Terima kasih

Program Seorang Sekampit Beras

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Melaka sedang menganjurkan satu kempen sumbangan untuk diagihkan kepada fakir miskin sekitar negeri melaka. Program tersebut diberi nama ”Seorang sekampit Beras”.




Setiap sumbangan telah dipakejkan dan setiap set berharga RM 40 setiap satu. Rakan rakan digalakkan untuk menyumbang lebih dari satu set. Agihan akan dibuat pada 13 September 2009 pada jam 8 pagi berkumpul di Pejabat ABIM di Taman Putra Bukit Baru. Kepada sesiapa yang berminat untuk memberi sumbangan atau untuk menyertai program agihan tersebut boleh berhubung dengan 9W2MFI atau terus ke loceng terbangnya. 013-6286496.Moga-moga program amal ini dapat bergerak dengan lancar.