Wednesday, November 4, 2009

Silent Key : 9W2ZYE SUZAINI BIN IBRAHIM

Warga Radio Amatur Negeri Melaka telah kehilangan seorang rakan ham iaitu SUZAINI BIN IBRAHIM yang memegang callsign 9W2ZYE. Allahyarham meninggal dunia pada petang 3/11/2009 di 'saltmine' beliau di Kolej Yayasan Melaka. Jenazah dikebumikan pada hari ini 4/11/2009 di Kuantan, Pahang.

Marilah kita bersama-sama sedekahkan surah al-fatihah kepada allahyarham. Semoga keluarganya tabah menghadapi ujian Allah swt.

Al-Fatihah

Astra Tengah : PARTI ANTENNA

TARIKH : 08/11/2009
MASA : 10.00 AM
LOKASI : TANAMERA SUNGAI BULOH, SELANGOR
KOORDINAT : N 03 13.289 E101 29.732
CALLING CHANNEL : V44 (145.550MHz)
PERSON IN-CHARGE : 9W2MDY MAHADI MD DESA (012-398 2577)


Ingin belajar membuat ‘homebrew’ antenna dengan tunjuk ajar rakan-rakan yang berpengalaman?
Jangan lepaskan peluang keemasan ini! Peralatan untuk pembuatan antenna hendaklah dibawa sendiri oleh para peserta. Pihak penganjur hanya menyediakan bengkel, khidmat nasihat & teknikal.
Bagi rakan-rakan yang tidak berminat untuk membuat antenna, anda juga dijemput hadir bagi sesi eyeball atau pun paintball! Jumpa di sana!




Penangguhan Majlis MOU PBSM Johor & ADEC Johor atas sebab teknikal.

HARAF MAAF.

MajlisMajlis MOU ADEC Johor dengan Bulan Sabit Merah Malaysia Cawangan Negeri Johor pada 8 November 2009 ditangguhkan kepada satu masa yang ditetapkan oleh Bulan Sabit Merah pada satu masa yang ditetapkan oleh mereka atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan oleh BSMM Cawangan Negeri Johor.

Walaubagaimanapun Pihak ASTRA Johor telah membuat keputusan bahawa pada 8 November 2009 ini akan diadakan juga program pengenalan radio amatur kepada warga BSMM CNJ dan juga SWAL yang akan menghadiri peperiksaan RAE 2/2009 akan datang.

Dengan itu dijemput semua untuk sama-sama memberikan semangat kepada warga radio baru dan warga BSMM CNJ ini bagiu mencapai tujuan lulus RAE 2/2009 nanti.

Berikut adalah program yang akan dilaksanakan nanti;

Tarikh: 2pm

Lokasi: Bilik Gerakan Belia 4B Johor Bahru, Stadium Larkin, Jalan Garuda, 80350 Johor Bahru.

GPS:

Tentetif program:

9 am Persiapan tempat dan pemasangan alatan radio.

10 am Sesi Jualan Peralatan dan Road Show oleh ADEC Johor.

10.30 am Special 2Meter Net Local ASTRA Johor Bahru 9M4RAP Gunung Pulai.

11.30 am 2 Meter Net ASTRA Transnasional ( Linking )

12.30 pm Rehat & Makan Tengahari & Zohor

2.00 pm Pendaftaran Peserta RAE 2/2009

2.30 pm Pengenalan Radio Amatur & Kod Etika

4.30 pm Minum Petang & Majlis Bersurai.

Terima kasih kerana menyokong ASTRA JOHOR.