Wednesday, April 29, 2009

Konvoi dan Lawatan Muhibbah Utara ke Selatan

Satu ekspedisi konvoi lawatan muhibbah ASTRA akan diadakan pada tarikh 6,7 dan 8 Jun 2009 ini. Ekspedisi konvoi yang terdiri daripada berpuluh-puluh 'jalopy' rakan-rakan radio amatur ini akan menggunakan laluan Lebuhraya Utara Selatan bermula dari Plaza Tol Bandar Baru, Perak sehingga ke Kuala Lumpur. Konvoi ini akan menuju ke Melaka,Segamat, Batu Pahat dan Muar.

Tujuan ekspedisi ini ialah untuk mengeratkan silaturrahim antara rakan radio amatur di seluruh Malaysia. Konvoi ini akan diiringi oleh rakan setugas daripada PDRM

Pergerakan konvoi adalah seperti berikut:

6.6.2009
Bergerak dari Plaza Tol Bandar Baru menuju ke Kuala Lumpur.
Bergabung dengan Rakan Radio Amatur Pantai Timur. (Kelantan, Terengganu, Pahang)
Tiba di Bangunan Koperasi Radio Amatur (K-Ramat), Bandar Bukit Puchong. (eyeball)

Konvoi bergerak ke Seremban melalui Jalan Persekutuan menuju ke Masjid Negeri, Seremban, Negeri Sembilan.(eyeball)

Meneruskan perjalanan ke Melaka dan menginap di Melaka. Majlis makan malam bersama rakan radio amatur Melaka. (eyeball)

7.6.2009
Bergerak Segamat, Johor (eyeball)
Bergerak ke Batu Pahat, Johor. Makan Tengahari. (eyeball)
Menuju ke Muar, Johor melalui Jalan Persekutuan.

Pulang semula ke tempat penginapan, Melaka.

8.6.2009
Bergerak pulang ke Utara.


Amateurian yang berminat boleh menghubungi terus dengan Pengarah Ekspedisi Konvoi, 9W2HLM dan Ketua Ekspedisi Konvoi Utara Selatan 9W2DMG.

Wednesday, April 22, 2009

Bilangan Warga Ham 'bercallsign'

Makin lama... makin ramai/banyak identiti ber'callsign'.. sehingga kini... terdapat 6264 callsign yang sah.. harap makin lama...makin ramai yang berkecimpung dalam hobi ini .. Mungkinkah 3 alphabet (9W2???)akan menjadi 4 alphabet (9W2????)??

Lihat Sini..

Sunday, April 12, 2009

Pentadbiran Baru ASTRA Negeri Melaka

Berikut disenaraikan Jawatankuasa Baru ASTRA Negeri Melaka bagi Sesi 2009 / 2010

Pengurus Negeri Melaka : 9W2USM
Timbalan Pengurus Negeri : 9W2KDE
Setiausaha : 9W2MLW
Penolong Setiausaha : 9W2DXL
Bendahari : 9W2KKD

AJK

Kecemasan : 9W2EAK
Teknikal : 9W2MTT
Rekreasi : 9W2RZT
Kebajikan : 9W2ZNL
Siaraya : 9W2MHG

Sunday, April 5, 2009

Mesyuarat Agung Tahunan ASTRA Negeri Melaka Kali ke 2 Tahun 2009

Salam rakan sekalian,

Pada tarikh 4 April 2009 jam 8.30 malam bertempat di kantin SK Malim, satu mesyuarat AJK telah diadakan bagi membincangkan tarikh Mesyuarat Agung Tahunan ASTRA Negeri Melaka bagi Tahun 2009. Pihak AJK telah sepakat untuk mengadakan mesyuarat tersebut pada ketentuan berikut:

Tarikh : 11 April 2009

Masa : 8.30 malam

Tempat : Bilik Bacaan, Taman Rambai Utama, Bukit Rambai, Melaka


Bersama-samalah kita bersedia untuk menghadirkan diri menyertai mesyuarat ini. Anda juga boleh berkenalan dan ber 'eyeball' dengan rakan-rakan ASTRA Negeri Melaka dengan lebih dekat lagi.

Bagi ham yang belum menyertai ASTRA, anda boleh juga menghadirkan diri dan mendaftar sebagai ahli ASTRA pada hari tersebut.Borang permohonan akan disediakan.

Terima kasih...

Notis Peperiksaan Radio Amatur 1/2009

Salam semua yang melayari laman ini.

Pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) akan mengadakan Peperiksaan Radio Amatur bagi sesi 1/2009. Segala butiran lanjut boleh didapati dengan memuat turun notis peperiksaan di sini

Notis peperiksaan juga boleh didapati dalam Bahasa Melayu di sini

Anda boleh mendapatkan borang permohonan di sini


Terima kasih.... 73