Saturday, February 6, 2010

Perasmian ADEC-BSMM Negeri Melaka




Pada hari ini, satu peristiwa berlaku dalam sejarah ASTRA Negeri Melaka dimana telah berlangsungnya Majlis Perasmian ASTRA Disaster Emergency Communication - Bulan Sabit Merah Malaysia Cawangan Negeri Melaka (ADEC-BSMM CNM). Penubuhan ADEC-BSMM CNM ini telah dirasmikan dengan jayanya oleh Pengerusi BSMM Cawangan Negeri Melaka iaitu Yang Berbahagia Datuk Wira Dr. Haji Bahari bin Datuk Haji Abu Mansor yang bertempat di Ibu pejabat Bulan Sabit Merah Malaysia Cawangan Negeri Melaka di Bukit Peringgit.

Dalam ucapannya perasmiannya, beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak ASTRA Negeri Melaka atas kerjasama yang diberikan serta penubuhannya dalam satu cabang Bulan Sabit Merah Cawangan Negeri Melaka iaitu VAD 58.

Beliau juga menyeru agar ADEC-BSMM CNM dapat memberikan perkhidmatan kecemasan yang terbaik memandangkan dengan adanya penggunaan radio komunikasi dua hala yang membantu dalam situasi kecemasan.

Dalam ucapannya juga, beliau sebagai Pengerusi BSMM Cawangan Negeri Melaka ingin memastikan ahli-ahli ADEC mendapat pengetahuan yang sewajarnya mengenai bantuan awal kecemasan yang akan diberikan kepada mangsa. Oleh itu, beliau akan memberikan beberapa siri kursus kepada ahli ADEC dalam memantapkan ilmu pengetahuan dalam bantuan awal kecemasan. Oleh itu, beliau mengharapkan sepenuhnya penglibatan VAD 58 ADEC-BSMM CNM dalam menjayakan SUKMA 2010 yang akan berlangsung pada bulan Jun nanti.

Dalam majlis itu, Pihak ADEC-BSMM CNM telah menandatangani perjanjian kerjasama (MOU) bagi melancarkan segala aktiviti yang melibatkan program ADEC BSMM CNM. Yang berbahagia Datuk Wira Dr Hj Bahari Bin Datuk Abu Mansur juga menyerahkan surat pelantikan, sijil penubuhan ADEC BSMM CNM serta sijil keahlian kepada 9W2EAK sebagai komandan bagi ahli-ahli ADEC BSMM CNM.

0 Comments: