Takut mendengarnya! Bukan sahaja pada namanya, tapi sehingga kini negara kita memang ketiadaan vaksin untuk merawatnya apatah lagi mencegah virus ini. Inilah yang dinamakan sebagai virus H1N1. Kalau virus selesema burung, ia dinamakan sebagai virus H5N1.
Kementerian Kesihatan kini sedang mengkaji sama ada vaksin influenza biasa atau vaksin khusus bagi virus selesema burung (H5N1) boleh digunakan untuk disuntik kepada penternak babi atau warga tempatan yang mahu ke negara-negara yang diancam virus selesema babi (H1N1).
Virus terbaru ini boleh membawa maut kepada manusia hanya melalui pernafasan atau batuk yang dijelmakan oleh pesakit H1N1 iaitu pembawa virus selesema BABI ini. Dengan kata lain, cara jangkitan virus ini adalah sama dengan cara jangkitan virus selesema Burung.
Satu cara yang mudah untuk mencegah virus ini adalah dengan menjaga kebersihan tempat persekitaran agar tidak kotor dan sentiasa terjaga.
JAGALAH KESIHATAN ANDA!!!
Saturday, May 16, 2009
Apa itu H1N1
dihantar oleh ASTRA NEGERI MELAKA pada 12:22 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Comments:
Post a Comment