Tuesday, December 30, 2008

Pasukan Penyelenggaraan Repeater



Pada hari ini, tanggal 29.12.2008 bersamaan 1 Muharram 1430, satu pasukan yang terdiri daripada beberapa orang ahli ASTRA Negeri Melaka telah bekerjasama bergabung tenaga untuk menyelenggara repeater ASTRA Linking dan Repeater Local Ledang yang terletak di Gunung Ledang. Pasukan tersebut diketuai oleh Biro Teknikal ASTRA Melaka, iaitu:
9W2USM, 9W2MTT, 9W2KKD, 9W2KKL (tiada dalam gambar) dan 9W2EAK. Mereka bertanggungjawab membawa segala peralatan teknikal dan bahan-bahan kerja. Turut sama dalam misi tersebut ialah Pengurus ASTRA Negeri Melaka, 9W2MHG, 9W2DXL, 9W2SML, 9W2OPD (tiada dalam gambar), dan 2 orang rakan SWAL.

Pergerakan bermula di Negeri Melaka pada jam 8.00 pagi dan tiba di sana pada jam 11 pagi. Setiba disana, mereka mendapati antena Rx yang terdapat di Repeater ASTRA Linking telah patah. Tujuan asal misi untuk menyelenggara repeater telah bertukar menjadi misi Membaikpulih dan Menyelenggara Repeater. Umum sedia maklum pada ketika itu angin di puncak bertiup agak kuat dan itu berkemungkinan antenna Rx tersebut telah patah.




Walau bagaimanapun, kecekalan dan semangat kerjasama yang ditunjukkan oleh pasukan tersebut menguatkan perpaduan antara ahli. Satu persatu alatan ditanggalkan untuk memastikan segalanya di selenggara dan ditinggalkan dalam keadaan baik untuk kegunaan bersama. Rakan SWL juga tidak ketinggalan membawa bersama peralatan teknikal professional untuk kerja-kerja pengukuran melibatkan sempadan supaya kedudukan Antena Local Ledang adalah dalam keadaan seimbang dan audio rakan-rakan ham kedua-dua Negeri Johor dan Negeri Melaka serta negeri yang berhampiran dapat menerima dalam keadaan yang baik.

Satu insiden yang tidak dapat dilupakan oleh pasukan tersebut ialah mereka tidak dapat turun dari Gunung Ledang disebabkan pagar telah ditutup oleh anggota berkuasa yang menjaga pintu masuk ke Gunung Ledang berdekatan dengan tangki air Syarikat Air Johor (SAJ). Ini memaksa salah seorang ahli pasukan iaitu 9W2EAK bertemankan rakan-rakan memandu kenderaannya menuju ke atas semula untuk mengambil kunci pagar tersebut dalam keadaan gelap iaitu pada jam 7.30 malam. Oleh kerana bergegas kembali ke bawah setelah mendapatkan kunci dari pihak berkuasa, kenderaan beliau nyaris mengalami kemalangan disebabkan masalah jalan yang licin. Syukur Alhamdulillah, setelah semuanya selesai, pasukan telah selamat kembali ke Negeri Melaka













0 Comments: