Wednesday, June 24, 2009

Selamat Berjaya!!!

Peperiksaan Radio Amatur pada hari ini akan bermula pada 24 Jun 2009 jam 2 petang ini di seluruh negara. Tempoh 3 jam yang diberikan amat banyak membantu rakan-rakan SWL. Kepada semua rakan-rakan SWL, semoga dapat menjawab semua soalan yang diberikan dengan baik.

SKMM logo

Monday, June 22, 2009

Bengkel Data Transmission/Interface

Bengkel Data Transmission/Interface akan di adakan di Muar pada 28 Jun 2009.... dikendalikan oleh 9M2DA.... sesiapa yang berminat sila berhubung dengan

9M2DA (denatan@streamyx.com),
9W2HBS (hbs9w2@yahoo.com) ,
9w2PCK (9w2pck@marts.org.my) atau
9w2IMN (iman_layaran@yahoo.com)...

tarikh akhir 25 Jun 2009. Sila nyatakan anda menggunakan sambungan COM port atau audio.

Tiada bayaran kecuali utk bahan-bahan projek. Sila bawa pemateri, komputer riba jika ada dan jika tiada, bawa pendrive untuk mendapatkan perisian untuk transmission data dan digital.

CK Choy
9W2PCK
District Manager,
NorthJohor MARTS


---------------------------------------------------------------------------


A Data Transmission/Interface workshop will be held in Muar on 28 June 2009. It will be conducted by 9M2DA. Interested hams/SWLs can contact

9M2DA (denatan@streamyx.com),
9W2HBS (hbs9w2@yahoo.com) ,
9w2PCK (9w2pck@marts.org.my) or
9w2IMN (iman_layaran@yahoo.com)

for confirmation. Please confirm before 25 June 2009. Please state kind of computer connection you would like to use: COM port or audio port.

No payment will be charged except for material needed for the project. Please bring along a solder gun, laptop computer, or if none, bring a pendrive to download software for data and digital transmission.

Sunday, June 21, 2009

Perodua MPV yang baru

Dijangka dilancarkan pada September 2009.

Imbasan...
kat mana nak letak antenna?









Thursday, June 18, 2009

Band Plan @ Perancangan Jaluran

Band Plan amat penting bagi rakan2 ham supaya dapat mengetahui mengenai frekuensi yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa. Band plan ini juga membolehkan semua dapat mengikuti dan memahami dengan jelas kehendak dan objektif Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia khususnya dalam radio amatur ini. Berikut disenaraikan KEISTIMEWAAN yang diperolehi apabila dikurniakan 9W dan 9M







Persoalan:

1. Apakah maksud PEP?
Setahu kita, PEP memberi maksud kuasa pancaran maksimum yang dibenarkan untuk memancar? Jika lihat pada jadual, PEP yang dibenarkan bagi pemegang 9W hanya sekadar 50 watt sahaja!!! Itulah syarat bagi pengendali radio amatur Kelas B.

Sebagai contoh, anda menggunakan frekuensi amatur, 144.0000 hingga 148.0000. Ini bermakna kuasa pancaran anda hanya setakat 50watt sahaja . Bagi Kelas A atau pemegang 9M pula, sekiranya menggunakan frekuensi 144.0000 hingga 148.0000 juga, mereka dibenarkan memancar sehingga 400watt!!!

2. Apakah maksud bagi ketiga-tiga simbol yang dinyatakan bagi setiap 'class of emission'?

Anda boleh berkongsi dengan mengklik pada ruangan komen....

Wednesday, June 10, 2009

Sukarelawan SUKMA 2010

SUKMA 2010 Melaka bakal tiba...

Pihak Kerajaan Negeri Melaka menjemput mana-mana individu untuk menyertai sukarelawan SUKMA 2010. Anda hanya perlu mengisi butir-butir diri dan memilih jenis tugasan yang dikehendaki..
sila ke laman web di bawah

SUKMA2010

Tarikh tutup permohonan 20 Jun 2009

Bersamalah kita menjayakan SUKMA 2010

Terima Kasih!!!

Terima kasih buat rakan-rakan ham yang menyertai Konvoi ASTRA ke Negeri Melaka. Kami sebagai tuan rumah memohon maaf kiranya ada kekurangan semasa bertandang ke negeri kami. Apa yang baik bawalah pulang ke destinasi... Apa yang kurang, kami perbaiki kemudian hari... TERIMA KASIH sekali lagi buat rakan-rakan yang hadir..!!!

73

Saturday, June 6, 2009

Selamat Datang Ke Negeri Melaka Bandaraya Warisan Dunia

Selamat Datang|Welcome!!!!!!

Kapal datang dari seberang
Sarat muatan kayu meranti
Dari jauh rakan ham datang
Kami di Melaka setia menanti

Selamat datang diucapkan kepada rakan-rakan ham yang berkonvoi melawat Negeri Melaka. Kami berharap agar rakan-rakan radio yang melawat kami sempena konvoi BESAR-BESARAN ke Selatan ini mendapat pengetahuan yang sebaiknya selain daripada ber'eyeball'. Dengan adanya peluang ini, dapatlah kita mengeratkan silaturrahim antara rakan radio... TERIMA KASIH!!!

Album akan dimuatkan selepas tamatnya konvoi untuk kenangan semua.....

73