Thursday, November 6, 2008

Amateur Radio Reunion Day - 13 & 14 December 2008


ARRD bertujuan untuk mengumpulkan seberapa ramai rakan radio amatur untuk mengenali antara satu sama lain. Ini juga bertujuan agar rakan radio amatur junior mengenali yang senior. Apa yang diharapkan adalah persahabatan dan perkongsian maklumat yang bermanfaat. Secara amnya, radio amatur di Malaysia telah bertapak selama 80 tahun, oleh itu inilah masanya untuk mengenali dengan lebih rapat pemegang-pemegang 'callsign' di dalam Malaysia dan di seluruh dunia.
Sila layari http://arrd08.blogspot.com/ untuk maklumat selanjutnya.

Wednesday, November 5, 2008

Majlis Sambutan Hari Raya (Rumah Terbuka) di rumah 9W2KKD dan Penyerahan Borang Keahlian ASTRA kepada 9W2DMG




























KELAS RAE

Salam ASTRA MELAKA

Kelas RAE akan diadakan pada maklumat di bawah.

Tarikh : 6 & 7 Disember 2008
Tempoh Masa : 2 Hari (8.00 pagi hingga 5.00 petang)
Tempat : Pusat Kokurikulum Melaka

Sehubungan itu, mana-mana rakan SWAL atau mempunyai 'callsign' yang berminat dan ingin menyertai KELAS tersebut boleh lah menghubungi 9W2MHG, 9W2RZT untuk maklumat selanjutnya.


Terima kasih. 73

Thursday, October 30, 2008

Selamat Datang ke A S T R A Negeri M E L A K A

Selamat datang buat rakan-rakan ham ke laman ini. Kami berharap laman yang tak seberapa ini boleh memberi sedikit sebanyak maklumat mengenai Radio Amatur di Negeri Melaka. Sekiranya ada idea untuk dikongsikan bersama, ringan-ringankan tangan untuk menghantar apa sahaja maklumat berkaitan dengan Radio Amatur di Malaysia dan seluruh dunia.
Terima Kasih