Wednesday, March 10, 2010

Perjanjian Persefahaman ASTRA-BSMM

Semua Ahli ASTRA


Tuan/Puan,

MAJLIS MEMETERAI PERJANJIAN PERSEFAHAMAN

Perkara di atas adalah dirujuk dengan hormatnya.

2. Suatu Perjanjian Persefahaman (MoU) di antara ASTRA dengan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) akan ditandatangani seperti ketetapan berikut;

Tarikh : Sabtu, 20 Mac 2010
Tempat : Dewan SMT Taiping, 34600 Kamunting, Perak
Masa : 9:00 am – 10 am


3. Perjanjian Persefahaman ini adalah untuk menyatakan persefahaman di dalam mewujudkan bidang kerjasama bagi membangunkan ’Sistem Komunikasi Radio Dua Hala’ bagi kegunaan ahli-ahli BSMM dan mewujudkan ’Konsep Bantuan Radio Bencana’ menggunakan tenaga dan kepakaran ASTRA.

4. Oleh yang demikian, semua ahli adalah dijemput untuk menyaksikan detik bersejarah ini di samping menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan ASTRA Ke 13. Bersama ini dinyatakan tentatif majlis untuk perhatian semua tuan/puan.

5. Bagi ahli yang ingin mengetahui butiran draf perjanjian persefahaman ini, sila layari laman sesawang ASTRA, http://www.astra.org.my.

Sekian, harap maklum.

“BERSAHABAT MELALUI UDARA”

Yang menjalankan tugas,



(NORUL AMIN BIN HAMSAN, 9W2MYR)
Setiausaha Kehormat ASTRA


Tentatif Perjanjian Persefahaman ASTRA-BSMM

KELAS PERSIAPAN PEPERIKSAAN RADIO AMATUR

Salam rakan yang melayari AstraMelaka.

Kelas persiapan menghadapi Peperiksaan Radio Amatur akan diadakan seperti ketentuan berikut.

Tarikh : 4 April 2010 (Ahad)
Masa : 8.30 pagi hingga 5.00 petang
Tempat : Kolej Komuniti Jasin, Merlimau Melaka.


Tenaga Pengajar/Pemudahcara: 9W2SMF

Tempat dibuka kepada SWAL dan rakan radio yang berlesen untuk memahami dan mendalami ilmu radio amatur. Sekiranya ada diantara rakan-rakan yang berminat, sila hubungi Pengurus Negeri Melaka 9W2USM atau AJK Biro Latihan, Perlesenan dan SWAL iaitu 9W2TOL ataupun mana-mana ahli jawatankuasa ASTRA Negeri Melaka.

Terima kasih...

"Wang jika dibelanjakan akan menjadi kurang, tapi ilmu jika dibelanjakan menjadi banyak"

Tuesday, March 9, 2010

Pengujian Semula Frekuesi 9M4RMA

Salam rakan-rakan

9M4RMA iaitu repeater linking ASTRA Negeri Melaka akan diuji semua frekuensinya. Ini adalah kerana terdapat gangguan frekuensi (QRM) pada frekuensi repeater yang berhampiran. Oleh itu, Pengujian semula frekuensi ini akan diadakan selama 2 minggu bermula 13 Mac 2010 sehingga 27 Mac 2010 atas kebenaran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Frekuesi yang akan diuji ialah

Frekuensi
146.850

Offset
-0.600

Tone
88.5


Harap semua rakan dapat memeriahkan serta memberi maklumbalas mengenai ujian frekuensi 9M4RMA pada tempoh tarikh yang diberikan.

Sekian. Terima kasih.

Jemputan Larian Baton Sempena SUKMA 2010

Salam buat semua rakan...

Warga Amatur Negeri Melaka telah mendapat jemputan bagi memeriahkan lagi Larian Obor SUKMA 2010 oleh Jawatankuasa Penyelarasan dan Pembangunan Dewan Undangan Negeri (JAPERUN)Kawasan Ayer Limau.

Oleh itu, YB ADUN kawasan Ayer Limau meminta kita untuk mengaturkan sebanyak 10 kenderaan terdiri daripada warga radio amatur Negeri Melaka. Butir-butir adalah seperti di bawah ini.

Tarikh : 14 Mac 2010 (Ahad)
Tempat : Perkarangan Info Desa Kampung Sungai Siput
Masa : 7.30 pagi
Laluan : Sungai Siput - Sungai Jernih - RAmuan China Kecil - Ramuan China Besar - Paya Rumput - Kampung Lekok - Sekolah Ayer Limau - Kampung Pinang - Dewan Taman Bandar Baharu

Klik gambar di bawah ini untuk info penuh.

Saturday, March 6, 2010

KEMUDAHAN PENGINAPAN BAGI AHLI ASTRA SEMPENA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE 13

Tuan/Puan,

KEMUDAHAN PENGINAPAN BAGI AHLI ASTRA

Perkara di atas adalah dirujuk dengan hormatnya.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa, pihak pengurusan Mesyuarat Agung Tahunan Ke 13 telah menyediakan beberapa lokasi untuk penginapan ahli yang bakal hadir ke majlis ini. Berikut adalah lokasi penginapan yang disediakan;

LOKASI : Asrama SMT Taiping, Kamunting, Perak.
KEPERLUAN : Keperluan disediakan oleh pihak Pengurusan Asrama SMT Taiping.
CAJ :RM5.00 seorang
MASA : Check in : 19.3.10, jam 3:00 petang/Check out : 20.3.10, jam 3:00 petang.

LOKASI : Tapak Perkhemahan Caravan Park, Taiping.
KEPERLUAN : Keperluan spt khemah dll dibawa sendiri oleh ahli
CAJ : Percuma
MASA : Check in : 19.3.10, jam 5:00 petang./ Check out : 20.3.10, jam 12:00 tengahari.

3. Sebarang pertanyaan, sila berhubung terus dengan Setiausaha Kehormat ASTRA di talian
016-538 5385.

Sekian, harap maklum.

“BERSAHABAT MELALUI UDARA”

Yang menjalankan tugas,

t.t

(NORUL AMIN BIN HAMSAN, 9W2MYR)
Setiausaha Kehormat ASTRA

MAJLIS MEGA EYEBALL ASTRA 2010

Semua Ahli ASTRA

Tuan/Puan,

JEMPUTAN KE MAJLIS MEGA EYEBALL ASTRA 2010

Perkara di atas adalah dirujuk dengan hormatnya.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa, pihak pengurusan Mesyuarat Agung Tahunan Ke 13 telah merancang suatu program Mega Eyeball ASTRA 2010 yang bertujuan untuk merapatkan hubungan silaturrahim di kalangan ahli.

3. Sehubungan dengan itu, semua ahli adalah dijemput untuk menghadiri program tersebut seperti yang dinyatakan di bawah;

Tarikh : 19 Mac 2010
Masa : Bermula jam 9:00 malam
Tempat : Tapak Perkhemahan Caravan Park, Taiping.

4. Sebarang pertanyaan, sila berhubung terus dengan Setiausaha Kehormat ASTRA di talian
016-538 5385.

Sekian, harap maklum.

“BERSAHABAT MELALUI UDARA”

Yang menjalankan tugas,


(NORUL AMIN BIN HAMSAN, 9W2MYR)
Setiausaha Kehormat ASTRA

NOTIS PEMBERITAHUAN MESYUARAT AGONG TAHUNAN ASTRA KALI KE 13

NOTIS ini adalah diberi untuk memaklumkan bahawa Mesyuarat Agong Tahunan ASTRA Kali Ke 13 akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh : Sabtu, 20 Mac 2010
Tempat : Dewan SMT Taiping, 34600 Kamunting, Perak
Masa Pendaftaran : 9.00 pagi
Masa Mesyuarat : 10.00 pagi

AGENDA MESYUARAT
1. Melantik Pengerusi Mesyuarat
2. Melantik 2 orang Pencatit Minit Mesyuarat
3. Ucapan Presiden & Perasmian
4. Laporan Setiausaha Kehormat
5. Laporan Bendahari Kehormat
6. Membahas Usul Pindaan Perlembagaan
7. Membahas Usul Tergempar
8. Melantik AJK Pengurusan Sesi 2010/2012

“BERSAHABAT MELALUI UDARA”

Yang menjalankan tugas,
(9W2MYR NORUL AMIN BIN HAMSAN)
Setiausaha Kehormat ASTRA