Wednesday, September 23, 2009

Peperiksaan Radio Amatur - RAE 2009-2

Salam semua yang melayari laman ini.

Pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) akan mengadakan Peperiksaan Radio Amatur bagi sesi 2/2009 pada ketentuan berikut :

Tarikh: 16 Disember 2009
Hari: Rabu
Masa : 1400 hrs
Tempoh : 3 jam



Segala butiran lanjut boleh didapati dengan memuat turun notis peperiksaan di sini.

Notis peperiksaan juga boleh didapati dalam Bahasa Melayu di sini

Anda boleh mendapatkan borang permohonan di sini

Tarikh tutup permohonan ialah 16 Oktober 2009 jam 1700 hrs

Sunday, September 20, 2009

Salam Aidilfitri

Salam Aidilfitri 2009 untuk semua warga amatur yang melayar blog ini. Kami di Astra Negeri Melaka mengucapkan salam Aidilfitri dan memohon kemaafan andai kata ada tersalah artikel, tersalah tulis, tersalah maklumat mengenai cerita dan berita yang dipaparkan.

Salam Aidilfitri 2009 dari kami warga Astra Melaka.

Terima kasih.

Friday, September 18, 2009

Info Trafik Raya ASTRA-TV3 di Malaysia Hari Ini (MHI)

Assalamualaikum ,

Sukacita dimaklumkan, pihak ASTRA Selangor & Kuala Lumpur telah mendapat jemputan daripada pihak Media Prima Berhad melalui TV3 bagi menjayakan program Info Trafik pada tarikh seperti berikut :-

Tarikh : 19 September 2009
Tempat : Sri Pentas, Bandar Utama, Petaling Jaya
Masa : 0630hrs-0900hrs


Di minta rakan-rakan amatur yang memandu pulang berhari raya ke kampung halaman masing-masing agar dapat memberi Info Trafik ke 'Linking Repeater'TRANSNASIONAL ASTRA antara jam 0630hrs-0900hrs kerana ianya akan disiarkan secara langsung di dalam program Malaysia Hari Ini terbitan TV3. Secara tidak langsung ianya akan dapat member pendedahan kepada para penonton Malaysia Hari Ini di TV3 mengenai hobi Radio Amatur.

Selamat memandu pulang ke kampung halaman masing-masing bagi menyambut Aidil Fitri yang mulia.

Friday, September 11, 2009

Bantuan tenaga diperlukan

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mengadakan Program Seorang Sekampit Beras. Sehubungan itu ABIM memohon kerjasama ASTRA Negeri Melaka untuk mengagihkan 140 set beras 10 kilogram dan barang keperluan harian yang lain seperti ketentuan berikut :

Tarikh : 13 September 2009
Hari : Ahad
Tempat : Taman Putra (belakang Hospital Besar Melaka)
Masa : 0800 hrs

Standby frequency : 145.400 MHz (V32)

ABIM sangat berharap untuk mendapat bantuan tenaga bagi menjayakan program ini. Mana-mana rakan yang berminat, sila hubungi 9W2MFI (FAHMI) untuk 'confirm'kan kehadiran.

Terima kasih

Program Seorang Sekampit Beras

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Melaka sedang menganjurkan satu kempen sumbangan untuk diagihkan kepada fakir miskin sekitar negeri melaka. Program tersebut diberi nama ”Seorang sekampit Beras”.




Setiap sumbangan telah dipakejkan dan setiap set berharga RM 40 setiap satu. Rakan rakan digalakkan untuk menyumbang lebih dari satu set. Agihan akan dibuat pada 13 September 2009 pada jam 8 pagi berkumpul di Pejabat ABIM di Taman Putra Bukit Baru. Kepada sesiapa yang berminat untuk memberi sumbangan atau untuk menyertai program agihan tersebut boleh berhubung dengan 9W2MFI atau terus ke loceng terbangnya. 013-6286496.Moga-moga program amal ini dapat bergerak dengan lancar.

Thursday, September 3, 2009

Apakah yang dimaksudkan dengan RON sebenarnya?

RON merupakan ringkasan dari RESEARCH OCTANE NUMBER. Octane number ini ialah ketahanan minyak tersebut sebelum ia meletup atau dengan kata lain dinyalakan.

RON97 bermakna minyak ini lebih tinggi ketahanannya berbanding dengan RON95 atau RON92.

RON yang tinggi dicipta untuk mengelakan berlakunya nyalaan pramatang dan pada asalnya diciptakan untuk kereta yang berkuasa tinggi seperti kereta-kereta lumba dan sport.

Jadi, tidak bermakna menggunakan RON95 tidak bagus untuk kereta anda. Anda boleh periksa balik minimum RON yang diperlukan untuk kereta anda.

Anda boleh cek sama ada model kereta anda sesuai atau tidak dengan RON95 dalam jadual dibawah :