Monday, May 25, 2009

Jemputan Walimatul Urus 9W2JEK





Standby Frequency : V51 (Rujuk Bahagian Kanan Blog)

Saturday, May 16, 2009

Apa itu H1N1

Takut mendengarnya! Bukan sahaja pada namanya, tapi sehingga kini negara kita memang ketiadaan vaksin untuk merawatnya apatah lagi mencegah virus ini. Inilah yang dinamakan sebagai virus H1N1. Kalau virus selesema burung, ia dinamakan sebagai virus H5N1.

Kementerian Kesihatan kini sedang mengkaji sama ada vaksin influenza biasa atau vaksin khusus bagi virus selesema burung (H5N1) boleh digunakan untuk disuntik kepada penternak babi atau warga tempatan yang mahu ke negara-negara yang diancam virus selesema babi (H1N1).

Virus terbaru ini boleh membawa maut kepada manusia hanya melalui pernafasan atau batuk yang dijelmakan oleh pesakit H1N1 iaitu pembawa virus selesema BABI ini. Dengan kata lain, cara jangkitan virus ini adalah sama dengan cara jangkitan virus selesema Burung.

Satu cara yang mudah untuk mencegah virus ini adalah dengan menjaga kebersihan tempat persekitaran agar tidak kotor dan sentiasa terjaga.

JAGALAH KESIHATAN ANDA!!!

Info Influenza

Apa itu influenza?

Ini adalah jangkitan virus yang kerap menyebabkan jangkitan pada hidung, tekak dan paru- paru. Gejalanya termasuk demam, selesema dan batuk.


Apakah yang menyebabkan penyakit ini?

Terdapat pelbagai jenis rangkaian virus selesema yang biasa. Rangkaian virus yang bertanggungjawab untuk musim selesema tertentu akan berubah dari masa ke semasa mengikut wabak.


Apakah vaksin yang ada dan bagaimana ia diberikan?

Terdapat 2 jenis vaksin, iaitu vaksin jenis hidup yang telah dilemahkan dan vaksin jenis yang dimatikan terlebih dahulu. Setiap vaksin mengandungi 3 rangkaian virus influenza yang berkemungkinan besar menyebabkan jangkitan selesema di dalam satu-satu kawasan dalam tahun tersebut.

Vaksin jenis yang dimatikan terlebih dahulu boleh diberikan melalui suntikan ke dalam otot setiap tahun untuk kanak-kanak berusia daripada 6 bulan hingga ke 5 tahun. Vaksin jenis hidup yang telah dilemahkan boleh diberi setiap tahun melalui semburan hidung untuk kanak- kanak berusia lebih daripada 5 tahun.


Siapa yang patut menerima vaksin ini?

Ibu bapa boleh memilih untuk memberi vaksin kepada anak-anak mereka setiap tahun bagi mengelakkan jangkitan ini.


Apakah wabak selesema dan bagaimana ia berbeza daripada selesema biasa seperti yang di atas?


Wabak selesema yang meluas di seluruh dunia berlaku setiap 30 tahun sekali. Ia boleh merebak dengan cepat dan melibatkan ramai orang di serata dunia dan boleh menyebabkan jangkitan paru-paru yang serius dan boleh membawa kematian.

Apabila berlakunya serangan wabak selesema ini, masyarakat hendaklah mengambil langkah-langkah untuk menyekat kitaran jangkitan sesama manusia. Vaksin yang berkesan semasa wabak selesema hanya boleh dihasilkan selepas bermulanya wabak tersebut di mana rangkaian virus yang bertanggungjawab telah dikenal pasti.

Virus selesema ini yang didapati pada burung-burung yang berhijrah dan binatang ternakan seperti ayam boleh menjangkiti manusia. Oleh itu, jika musim selesema burung berlaku dalam jangka masa terdekat, ia boleh membawa kepada wabak selesema yang meluas ke seluruh dunia pada masa akan datang.

Monday, May 11, 2009

Kelas RAE di Melaka

Kelas RAE akan diadakan pada ketentuan berikut:

Tarikh : 23 Mei 2009
Tempat : Institut Latihan Perindustrian, Bukit Katil, Melaka
Masa : 8.00 pg pendaftaran.
Yuran : RM30

Rakan yang ingin mengambil peperiksaan dan ingin menambahkan ilmu pengetahuan dalam bidang radio amatur ini boleh berhubung terus dengan Pengurus ASTRA Melaka 9W2USM

Tentatif Perjalanan Konvoi Pantai Timur ke Selatan


5/6/2009 (Jumaat)
- 08.30 hrs - Konvoi berkumpul di Tok Bali, Pasir Puteh, Kelantan
- 09.30 hrs - Konvoi memulakan perjalanan menuju Kuala Terengganu
( Laluan Pantai – bergabung dengan rakan Setiu di Saujana )
- 11.30 hrs - Konvoi dijangka tiba di Kuala Terengganu –
Eyeball bersama rakan PEMANCAR K.Terengganu
- 13.00 hrs - Konvoi meneruskan perjalanan menuju ke Dungun –
- 14.30 hrs - Eyeball bersama rakan PEMANCAR Dungun
- 15.30 hrs - Konvoi meneruskan perjalanan ke Kuantan
- 17.30 hrs - Konvoi dijangka tiba di Beserah - BTPN Pahang ( tempat penginapan )
- 20.30 hrs - Program Eyeball bersama rakan-rakan PERAMAH

6/6/2009 (Sabtu)
- 07.00 hrs - Sarapan
- 08.30 hrs - Konvoi meneruskan perjalanan menuju Temerloh
- 11.00 hrs - Konvoi dijangka tiba di Temerloh dan ber Eyeball
- 12.00 hrs - Konvoi meneruskan perjalanan menuju ke Bukit Puchong, Selangor
untuk BERGABUNG bersama rakan ASTRA dari Utara
- 14.00 hrs - Konvoi dijangka tiba dan disambut oleh KRAMAT dan rakan konvoi Utara
- 16.00 hrs - Konvoi meneruskan perjalanan ke Negeri Sembilan / Melaka
- 20.00 hrs - Majlis Eyaball bersama rakan Melaka/N.Sembilan
- 23.00 hrs - Konvoi Pantai Timur bergerak ke Port Dickson untuk bermalam
di BTPN Negeri Sembilan.
7/6/2009 (Ahad)
- 07.30 hrs - Sarapan, konvoi mula bergerak ke Melaka untuk bergabung
dengan konvoi Utara bagi meneruskan perjalanan ke Segamat
- 11.00 hrs - Konvoi dijangka tiba dan disambut rakan-rakan Segamat
- 15.00 hrs - Konvoi bertolak ke Air Hitam, Johor ( Medan Penjaja Air Hitam )
- 18.00 hrs - Konvoi bergerak balik ke Port Dickson ( tempat penginapan )

8/6/2009 (Isnin)
- 08.30 hrs - Konvoi berkumpul untuk bertolak pulang ke Pantai Timur
- 09.00 hrs - Konvoi mula bergerak pulang melalui Jalan Gua Musang
- 18.00 hrs - Konvoi dijangka tiba di Kota Bharu.

2 Meter Net Forum di ASTRA

Assalamualaikum...

Seperti biasa, satu forum 2 meter akan diadakan pada:

Tarikh : 13 Mei 2009 (Rabu)
Masa : 2130hrs (9.30 malam)
Panel : 9M2RS (Pak Rashid)
Pengelola: 9W2YR (Pak Yob)
Tajuk : Etika Radio Amatur

Diharap rakan-rakan ham akan QRV di Frekuensi transnasional ASTRA. Forum ini adalah salah satu cara kita memanfaatkan hobi Radio Amatur, diharap lebih ramai akan mengambil bahagian.

Thursday, May 7, 2009

Kursus Kemahiran Radio Amatur Anjuran Kramat

Salam semua...
Artikel di bawah ini diambil daripada email yang diterima...
koperasi.radioham@gmail.com


Kursus Kemahiran Radio Amatur
Date : 30 Mei & 31 Mei 2009
Time : 8.30 pagi - 5.30 ptg
Venue :APMM Universiti Malaya, Lembah Pantai
Fees :RM100/person( Adult )
RM40(Secondary School)
RM80(Kramat Members)
Limited seat..REGISTER NOW!!

* Fees inclusive of breakfast and lunch and notes
*Others facilities such as air cond room, surau and lcd projector.
Register now with typing RAE_Full Name and SEND to 012-3050 205
Further information please click kramat

--
Yang berusaha,



Setiausaha Kramat
Rudy Eruwan Jamain
9W2REJ
012-3050205
9w2rej.blogspot.com